BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

PHILOSOPHY

: fuck all the bastard who need my help but kill me in silent,,,,word from serizawabaw

Saturday, February 26, 2011

APA YG LELAKI MAHU DARI WANITA????

Mahu lembut tapi tegas
Lelaki mencari wanita ada keseimbangan antara sifat semula jadi dengan sifat kuat.

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita moden – apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah, hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’ ,tidak lagi memtaruhkan kesetiaan sedangkan sebeumnya tugu cinta sentiasa ampuh.
Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.
Lebih membingungkan, wanita tidak paham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut, munngkin ia merungkai kebingungan wanita mengenai lelaki:

* Apa yang mereka cari dalam perhubungan?
Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan? Jauh di sudut hati , lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.
Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.

* Teman yang tegas jadi penyokong
Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting. Lelaki suka memiliki wanita yang menyokog mereka dan bukanya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

* Rakan yang mengujakan
Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.
Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka. Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.